Sunday, January 5, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salji tebal sekat banyak lebuh raya di Afghanistan

    KABUL, 3 JAN – Beberapa lebuh raya di Afghanistan, termasuk Lebuh raya Salang yang menghubungkan ibu negara Kabul dengan sembilan provinsi utara negara itu, terhalang kepada trafik akibat salji tebal, menurut seorang pegawai Kementerian Pekerjaan Awam hari ini.

    “Lebuh raya Salang telah disekat disebabkan oleh salji lebat, ribut, angin kencang dan kabus berdebu sejak pagi tadi,” kata Mohammad Ashraf Haqshinas, jurucakap kementerian, menerusi akaun X.

    Menurut Haqshinas, kedalaman salji di lebuh raya itu telah mencapai 1.16 meter.

    Sejak pagi kelmarin, 27 daripada 34 provinsi di Afghanistan mengalami salji lebat, dengan suhu menurun sehingga sekitar minus 15 darjah Celsius di beberapa kawasan negara itu. – Xinhua

    Seorang lelaki Afghanistan menyodok salji dari atas bumbung kedai, semasa salji turun di pasar di daerah Dara wilayah Panjshir hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda