HONOLULU, 31 OKT – Salji turun di puncak tertinggi Hawaii minggu ini, menjadikan puncak gunung itu sebagai wonderland musim sejuk. Kawasan puncak Mauna Kea di Pulau Besar diliputi kira-kira 2 inci salji putih.
Hawaii terkenal dengan cuacanya yang panas, pantai dan hutan hujan. Tetapi ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk salji turun di kawasan yang lebih tinggi di Mauna Kea semasa musim sejuk yang lebih lembap.
Puncaknya sangat tinggi, ia terletak 13,803 kaki di atas paras laut sehingga suhu di sana boleh turun di bawah paras beku sepanjang tahun, yang menjadikan kemungkinan salji boleh berlaku pada bila-bila masa.
Minggu ini, gangguan pada paras atas membawa suhu yang lebih sejuk apabila kelembapan datang dari timur dan bergerak ke atas pulau-pulau dari Ahad hingga Isnin, kata Maureen Ballard, ahli meteorologi kanan dengan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Honolulu.
“Gabungan suhu sejuk dan kelembapan menghasilkan salji apabila suhu berada di bawah paras beku,” kata Ballard.
Kamera web yang dipasang pada Teleskop Kanada-Perancis-Hawaii menunjukkan tanah dilitupi salji putih sejurus selepas matahari terbit pada Isnin. Dua hari kemudian, kamera menunjukkan salji itu sudah tiada.
Tiada siapa yang tinggal di puncak Mauna Kea, yang dianggap suci oleh ramai penduduk asli Hawaii. Cerita berkurun lamanya mengatakan Mauna Kea adalah anak sulung kepada bapa langit dan ibu bumi.
Pencemaran cahaya yang terhad dan atmosfera yang kering di puncak gunung juga menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat langit malam. Ahli astronomi telah membina kira-kira bebelasan teleskop di puncak itu, membawa kepada penemuan pemenang Hadiah Nobel dan beberapa gambar pertama planet di luar sistem suria kita. – AP