Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sallehuddin juara Beyblade

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Sallehuddin bin Sabli dari Pasukan Ghostbeys (GB) muncul juara sekali gus memenangi Android TV Matrik dalam pertandingan Beyblade X King of Ball anjuran Jakusha Bladers Tours (JB) yang diadakan di Teratak DBos, Kampung Mengkubau.

    Sementara itu, Muhammad Syafiq @Rafiq bin Abdul Hamid dari Pasukan GB mendapat tempat kedua, diikuti oleh Julkarnain bin Haji Husin di tempat ketiga dari pasukan Santai Aja Bladerz (SA) dan Mohammad Aqmal bin Haji Matsah dari Pasukan Beyblade Madness (BM) mendapat tempat keempat.

    Manakala pemenang lapan teratas ialah dari Underground Beys (UG) Massuny, Biqah dari GB, Haji Rosaimi dari GB dan Julkarnain dari SA. Sementara itu, hadiah sagu hati 16 terbaik dimenangi oleh Zarul dari GB, Sallehudin dari GB, Norhayati dari UG, Junaidi dari UG, Eron dari JB, Haji Rosaimi dari GB dan Ehsan dari GB.

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam untuk tahun 2023/2024, Pasukan JB terus mengungguli carta dengan berjaya mengumpul 83 mata diikuti Pasukan UG de-ngan 55 mata, Pasukan SA mendapat 46 mata manakala Pasukan GB memperoleh 38 mata dan Pasukan BM dengan tujuh mata.

    Pertandingan Xtreme Gear Sport berkenaan berjaya menarik minat peminat Beyblade di negara ini serta mendapat sambutan daripada semua peringkat umur.

    Gambar ramai para peserta dengan hadiah yang dimenangi mereka. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda