Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salman Khan akui silap sendiri punca gagal dalam percintaan

    Pelakon Salman Khan mengaku dirinya menjadi punca kegagalan hubungan cinta terdahulu.

    Memetik laporan mStar, Salman, 59, berkata, dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya menerima hakikat setiap hubungan yang tidak menjadi adalah kerana kelemahan dirinya. 

    “Kalau tak jadi, memang tak jadi. Kalau ada individu yang patut dipersalahkan, sayalah sendiri,” katanya. 

    Bintang filem Bajrangi Bhaijaan itu berkongsi perkara itu menerusi program bual bicara terbaharu Prime Video berjudul Two Much yang dihoskan Twinkle Khanna dan Kajol. 

    Dalam masa sama, Salman turut terbuka mengenai soal cinta dan impian bergelar bapa.

    “Saya pasti akan ada anak satu hari nanti, lambat-laun pasti ada,” katanya. 

    Bercerita mengenai hubungan cinta, Salman menjelaskan sesuatu perhubungan boleh runtuh apabila pasangan tidak berkembang seiring. 

    Salman masih diselubungi trauma akibat gagal dalam percintaannya. – Agensi

    “Apabila seorang pasangan berkembang lebih daripada seorang lagi, di situlah mula timbul jurang dan rasa tidak selamat, jadi kedua-duanya kena berkembang bersama dan saling beri ruang,” katanya. 

    Untuk rekod, Salman hampir melangsungkan perkahwinan dengan aktres Sangeeta Bijlani pada 27 Mei 1994, namun berkecai sekelip mata setelah dia dikatakan curang dengan Somy Ali beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

    Trauma yang menghantui dirinya antara faktor pelakon itu enggan mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda