Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salman Khan mahu kekal bujang pada usia 60 tahun

    Bintang Bollywood, Salman Khan kekal dengan prinsip tidak mahu berkahwin meskipun usianya sudah mencecah 60 tahun.

    Salman memberitahu sehingga hari ini dia masih trauma apabila memikirkan tentang perkahwinan yang dirancang bersama aktres Sangeeta Bijlani pada 1994 tidak berjaya.

    Lebih menyedihkan apabila kad jemputan pernikahan mereka sudah dicetak dan diedarkan kepada para tetamu membuatkan aktor itu terpaksa menanggung malu, menurut petikan mStar.

    “Kad jemputan perkahwinan saya dan Sangeeta telah dicetak, tetapi tiba-tiba semuanya terpaksa dibatalkan,” katanya.

    Menurut laporan media, perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas Salman dikatakan tidak setia terhadap aktres itu.

    Dakwa Sangeeta, Salman didakwa curang dengan pelakon Somy Ali beberapa hari sebelum majlis perkahwinan.

    Sangeeta difahamkan kecewa dengan kecurangan dilakukan Salman dan memilih untuk menamatkan hubungan mereka. – Agensi

    Salman hampir berkahwin namun gagal kerana didakwa curang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda