Penyanyi Mika Singh mendedahkan pelakon Salman Khan berang jika panggilannya tidak dijawab pada larut malam.
Kata Mika, 47, bintang Bollywood Salman memiliki tabiat membuat panggilan pada lewat malam.
“Salman dah macam abang. Jika anda terlepas panggilan pada pukul 2 atau 3 pagi, dia akan marah.
“Dia tidak memikirkan sama ada orang lain mungkin sedang tidur,” katanya.
Mika berkongsi perkara itu semasa sesi temu bual bersama The Lallantop.
Dalam pada itu, penyanyi itu berkongsi pengalaman di mana Salman menghubunginya pada tengah malam ketika dia berada di Bali.
Salman membuat panggilan hanya untuk berbincang mengenai lagu ciptaan Mika berjudul Hangover.
Walaupun terpaksa berdepan tabiat pelik pelakon itu, Mika tetap menghargai persahabatannya itu. – Agensi