Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Salmonela ditemui dalam kilang coklat terbesar dunia

    BRUSSELS, 30 JUN – Penghasilan telah ditangguhkan di kilang coklat terbesar di dunia yang dikendalikan oleh syarikat gergasi Switzerland, Barry Callebaut di bandar Wieze, Belgium, selepas pencemaran salmonela ditemui, ujar firma itu hari ini.

    Seorang jurucakap syarikat itu memberitahu AFP bahawa penghasilan telah dihentikan di kilang itu, yang menghasilkan cecair coklat di gedung itu buat 73 pelanggannya yang membuat konfeksi.

    Setakat ini, belum ada laporan daripada pengguna coklat yang dijangkiti oleh salmonela, yang menyebabkan salmonellosis, satu penyakit yang boleh mengakibatkan cirit-birit dan demam tetapi hanya berbahaya dalam kebanyakan kes ekstrem.

    “Semua produk dikilangkan sejak ujian itu telah disekat,” kata jurucakap Korneel Warlop.

    “Barry Callebaut pada masa ini menghubungi semua pelanggan yang mungkin telah menerima produk dicemari. Penghasilan coklat di Wieze masih ditangguhkan sehingga notis selanjutnya.”

    Gambar fail menunjukkan coklat panas di kilang Barry Callebaut, Wieze, timur Flanders. – AFP

    Kebanyakan produk yang dikesan telah dicemari masih berada di kilang itu, katanya.

    Namun firma itu telah menghubungi semua pelanggannya dan meminta me-reka untuk tidak menghantar mana-mana produk mereka hasilkan menggunakan coklat mereka buat sejak 25 Jun di kilang Wieze itu, termasuk di Flanders, barat laut Brussels.

    “Keselamatan makanan adalah paling utama bagi Barry Callebaut dan pencemaran itu sangat besar. Kami mempunyai piagam keselamatan makanan dan prosedur yang jelas,” kata firma itu.

    Agensi keselamatan makanan Belgium (AFSCA) sudah dimaklumkan dan jurucakapnya memberitahu, siasatan sudah dibuka.

    Kilang Wieze tidak membuat coklat untuk dijual terus kepada pengguna dan firma itu tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana barangan tercemar yang dibuat oleh pelanggan sudah sampai ke rak kedai.

    Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas kes coklat dicemari salmonela di kilang Ferrero di Arlon di selatan Belgium, yang menghasilkan coklat Kinder. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...