Wednesday, April 16, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saluran paip mula beroperasi selepas tumpahan minyak

    BISMARCK, 15 APRIL – Pengendali saluran paip minyak Keystone memulakan semula operasi mereka kelmarin selepas tumpahan minyak di tanah pertanian di Dakota Utara pada minggu lalu yang mengakibatkan penutupan saluran tersebut.
     
    South Bow berkata pihaknya sedang memantau keadaan cuaca yang buruk sebelum memulakan ‘sistem yang dikawal dengan teliti,’ termasuk pemantauan 24 jam, pengurangan tekanan operasi, pembersihan kawasan tersebut dan pematuhan syarat-syarat pengawalseliaan persekutuan. 
     
    Menurut Pentadbiran Keselamatan Paip dan Bahan Berbahaya Persekutuan (PHMSA), South Bow memulakan semula saluran paip dengan tekanan yang telah dikurangkan.
     
    Bahagian yang rosak telah dikeluarkan dan diganti dan akan dihantar ke makmal metalurgi di Houston untuk kajian.
     
    Menurut PHMSA, saluran paip yang telah dibaiki akan diuji dengan tekanan yang berbeza untuk memastikan integritinya.
     
    Gambar ini menunjukkan tumpahan dari saluran paip minyak Keystone di Dakota Utara, pada 8 April. – AP
    Siasatan agensi tersebut masih diteruskan dan punca tumpahan masih belum diketahui.
     
    Kenyataan daripada syarikat itu tidak menyatakan punca tumpahan, namun mereka berjanji akan mendedahkan hasil siasatan sebaik sahaja maklumat diperoleh.
     
    Menurut pegawai respons tumpahan, seorang pekerja telah melaporkan dia terdengar bunyi letupan mekanikal sebelum menutup saluran paip dalam masa dua minit.
     
    Menurut PHMSA, pada awal Jumaat, tumpahan itu dianggarkan berjumlah 3,500 tong, atau 147,000 gelen.
     
    Namun trak vakum hanya berjaya memulihkan 1,170 tong minyak mentah, atau 49,140 gelen. 
     
    Tumpahan itu berlaku di sebuah ladang di utara Fort Ransom, Dakota Utara, sebuah bandar kecil yang terkenal dengan pemandangan indah dan aktiviti luar. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda