Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saluran YouTube Presiden Venezuela hilang

    CARACAS, 21 SEPT Saluran YouTube Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, yang mempunyai 233,000 pelanggan, telah hilang dari platform perkongsian video itu, menurut carian AFP kelmarin.

    Paparan pada halaman saluran tersebut kini memaparkan mesej, “Halaman ini tidak tersedia. Kami memohon maaf atas kesulitan ini.” YouTube belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini.

    Kerajaan Caracas juga belum mengulas, namun saluran televisyen Telesur melaporkan akaun itu telah diturunkan pada Jumaat. Menurut laporan Telesur, “Tanpa sebarang justifikasi, saluran YouTube itu ditutup ketika Amerika Syarikat (AS) sedang melaksanakan operasi peperangan hibrid sepenuhnya terhadap Venezuela.”

    Telesur menambah walaupun punca penutupan yang bersifat politik belum disahkan, ia tidak boleh disisihkan sepenuhnya. YouTube berpusat di AS, yang kini telah menempatkan lapan kapal di Laut Caribbean bagi tujuan menentang pengedaran dadah, menurut kenyataan pihak berkuasa AS.

    Maduro mengecam penempatan tentera itu sebagai ‘ancaman ketenteraan’ dan mengarahkan penempatan anggota tentera di sempadan, serta tiga hari latihan ketenteraan minggu ini di bahagian utara negara. Dia juga menggesa latihan ketenteraan untuk orang awam.

    Tahun lalu, TikTok menapis siaran Maduro ketika berlaku protes anti-kerajaan, manakala akaun X beliau digantung di Venezuela. Pada 2021, akaun Facebook Maduro disekat selama sebulan kerana melanggar dasar platform berkaitan penyebaran maklumat salah mengenai COVID-19. – AFP

    Nicolas Maduro semasa sidang media antarabangsa di Hotel Eurobuilding di Caracas pada 15 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda