Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sam Bunkface nikah kali kedua

    Penyanyi kumpulan Bunkface, Sam, 33, melangsungkan pernikahan dengan Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi malam tadi selepas hampir dua tahun menduda.

    Berita gembira ini dikongsi penyanyi bernama sebenar Shamsul Annuar Mohd Baharom ini di Instagram peribadinya sekitar jam 8 malam kelmarin.

    Menerusi perkongsiannya, Sam turut meminta peminat mendoakan perkahwinan mereka.

    “Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” katanya.

    Perkongsian itu disambut gembira oleh rakan-rakan artis dan peminat yang mendoakan agar perkahwinan mereka kekal buat selama-lamanya.

    Sam sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin, 33, pada 25 April 2015, namun bercerai pada hujung Januari 2019.

    Menerusi perkahwinan ini, dia mempunyai seorang anak lelaki iaitu Maleeq, 3. – Agensi

    Sam melangsungkan pernikahan dengan Puteri Eifa Ezrin baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda