Sama-sama hakis pandangan negatif terhadap vaksin

Program vaksinasi COVID-19 di negara ini semakin giat dilaksanakan. Dalam masa yang sama juga ramai individu yang tampil untuk mendapatkan suntikan vaksin di pusat vaksinasi yang telah ditetapkan di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, masih ada penduduk di negara ini masih berpendapat negatif tentang suntikan vaksin ini, di mana mereka masih merasa was-was dan menganggap tidak perlu mendapatkannya khususnya warga emas.

Sehinggakan ada sesetengah warga emas ini juga menghalang ahli-ahli keluarganya untuk tidak mendapat suntikan berikutan kesan selepas mengambil suntikan berkenaan.

Memang tidak dinafikan suntikan vaksin COVID-19 ini dibukakan kepada sesiapa saja secara sukarela.

Namun demi kebaikan semua, mendapatkan suntikan vaksin adalah perkara terbaik untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pandangan negatif ini perlu dihakis dari setiap individu, namun melaksanakannya tidak semudah disuarakan.

Sehubungan itu, perlu ada cara yang jitu untuk meyakinkan golongan ini tentang kepentingan dan kebaikan mendapatkan suntikan vaksin ini.

Pihak relevan boleh saja mengadakan promosi-promosi atau iklan-iklan yang dapat meyakinkan semua rakyat dan penduduk di negara ini untuk mendapatkan vaksin.

Mungkin orang yang telah mendapatkan vaksin turut membantu mempromosikan dengan berkongsi pengalaman selepas mendapatkan vaksin tersebut.

Dengan itu, ia dapat serba sedikit meningkatkan keyakinan masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut demi kebaikan dan keselamatan bersama.

Jom dapatkan suntikan