Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sama-sama jaga, urus, lindungi hutan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Hutan mempunyai kepentingan dalam memberikan banyak faedah khususnya kepada kesihatan manusia serta mempunyai hubungan yang sangat kuat dalam menyediakan khasiat dan menyokong inisiatif keselamatan makanan.
    Selain itu, hutan juga menyediakan pelbagai perkhidmatan ekosistem yang bermanfaat kepada kehidupan manusia.

    Perkhidmatan ekosistem yang dimaksudkan adalah merupakan perkhidmatan dari segi pengawal seliaan, sokongan, penyediaan dan juga kebudayaan.

    Kesemua perkhidmatan yang diperolehi dari hutan ini adalah sangat memberikan impak yang sangat signifikan ke atas ekosistem termasuk flora dan fauna.

    Di samping itu, hutan juga memberikan kesan yang sangat positif kepada kesejahteraan serta kesihatan semua lapisan masyarakat tempatan dan juga peringkat global.

    Kepentingan hutan itu ditekankan oleh Jabatan Perhutanan dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Hutan Antarabangsa.

    Menurut jabatan itu, tema sambutan tahun ini iaitu ‘Hutan-hutan dan Kesihatan’ adalah bertujuan untuk menonjolkan peranan penting hutan dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia.

    Manakala itu, tanah yang subur dan air bersih dari hutan mengekalkan pengeluaran makanan yang optimum untuk menyokong kehidupan manusia.

    Di samping itu juga, dari hutan juga boleh memperolehi sumber perubatan yang boleh menyembuhkan penyakit dan masalah kesihatan lain.

    Selain itu, hutan adalah kawasan pen-ting yang boleh dimanfaatkan sebagai tempat untuk rekreasi dan beriadah, yang mana aktiviti-aktiviti ini boleh menyumbang kepada kesan yang positif dalam mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran.

    Untuk menyokong kenyataan berkenaan, sebilangan besar kajian telah menyatakan bahawa kesan positif alam semula jadi dan persekitaran hijau dapat mengekalkan dan menggalakkan badan yang sihat dan keadaan hidup yang aman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda