Sama-sama panjatkan Doa Kesyukuran

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 14 JULAI – Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74 telah diadakan di keempat-empat daerah, hari ini.

Di Daerah Belait, salah satu tumpuan majlis ialah Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku pemangku penghulu Mukim Labi serta ketua jabatan-jabatan kerajaan, pengetua maktab dan sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta, ahli-ahli
majlis perundingan mukim dan kampung, kakitangan pelbagai syarikat swasta di daerah ini serta ahli-ahli takmir masjid berkenaan.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib sebelum diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran sebelum majlis bersurai.

Doa Kesyukuran dibacakan pada majlis yang berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait sebagai salah satu masjid tumpuan di Daerah Belait.