LIMBANG, 07 Nov – Polis Limbang berjaya mengutip kompaun berjumlah RM7,930 membabitkan 53 saman pada operasi Saman Tertunggak Warga Asing (Brunei) yang dijalankan di Bandar Limbang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai memberitahu sebanyak 120 buah kenderaan turut diperiksa dalam operasi yang dijalankan oleh seorang pegawai dan lapan anggota tarifk di jalan utama berhadapan Balai Polis Pusat Limbang.
“Operasi yang diadakan semalam adalah untuk memburu pemilik kenderaan Brunei yang mempunyai saman tertunggak dan gagal dibayar untuk pelbagai kesalahan jalan raya,”katanya kepada media semalam.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn