Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Samantha Mostyn angkat sumpah Gabenor Jeneral Australia ke-28

    CANBERRA, 1 JULAI – Samantha Mostyn secara rasmi telah mengangkat sumpah sebagai Gabenor Jeneral Australia ke-28, menjadi wakil rasmi raja British di negara itu, lapor Xinhua.

    Majlis angkat sumpah berlangsung di Bangunan Parlimen hari ini.

    Mostyn, seorang pemimpin perniagaan dan komuniti terkemuka, menjadi wanita kedua yang berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Australia.

    Bercakap selepas majlis itu, beliau berikrar untuk membawa kebaikan, keprihatinan dan rasa hormat kepada peranan berkenaan.

    “Saya akan menjadi Gabenor Jeneral yang optimis, moden dan kelihatan, komited kepada perkhidmatan dan sumbangan yang diharapkan dan layak diterima oleh semua rakyat Australia daripada pemegang jawatan ini,” kata Mostyn.

    Raja Charles III ketika bertemu Mostyn (kiri) di Istana Buckingham di London pada 29 Mei. – AFP

    Sebagai wakil raja British, Gabenor Jeneral melaksanakan tugas-tugas perlembagaan termasuk secara rasmi melantik perdana menteri (PM) dan menteri-menteri lain secara rasmi, mengarahkan pilihan raya dan memberikan perkenan diraja kepada Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh parlimen.

    PM Anthony Albanese pada April mengumumkan bahawa Mostyn akan menggantikan David Hurley, yang tempoh lima tahunnya berakhir semalam.

    Mostyn, 59, memulakan kerjayanya sebagai peguam sebelum berkhidmat dalam lembaga pengarah beberapa syarikat, termasuk NGO seperti Majlis Iklim dan organisasi sokongan kesihatan mental Beyond Blue.

    Sebelum dilantik sebagai Gabenor Jeneral, beliau merupakan pengerusi Pasukan Petugas Kesaksamaan Ekonomi Wanita kerajaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...