Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samarahan kian membangun

    KOTA SAMARAHAN, 13 MAC – Pembangunan pesat yang berlaku di Bahagian Samarahan menjadi bukti manfaat yang diperoleh rakyat yang terus bekerjasama dengan kerajaan untuk memudahkan pelaksanaan projek di kawasan mereka. 

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Gambar, kiri –  Bernama) berkata bahagian itu yang hanya dapat dihubungi menerusi pengangkutan sungai sebelum tahun 1980an kini sudah menikmati banyak kemajuan dari segi kemudahan infrastruktur dan taraf hidup rakyatnya. 

    “Malah setelah ada kemajuan atau pembangunan, nilai tanah di kawasan kampung, luar bandar dan pedalaman akan menjadi lebih tinggi jika sudah banyak kemajuan dari segi kemudahan,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Cek Pampasan bagi projek-projek di Bahagian Samarahan di sini hari ini.

    Katanya pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sarawak terutamanya di luar bandar serta pedalaman akan dipercepatkan jika rakyat terus bekerjasama dalam urusan melibatkan pampasan hartanah.

    Menurutnya pemilik tanah tidak perlu khuatir kerana setiap pampasan yang diberikan adalah setimpal dengan nilai semasa. – Bernama

    Reaksi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) mencuba perabot yang dipamerkan selepas merasmikan Sarawak Design Week 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda