Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambut Aidilfitri bersama pelajar BIBD ALAF

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Pelajar-pelajar BIBD ALAF bersama-sama keluarga mereka serta pihak-pihak berkepentingan diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya BIBD ALAF anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) di Bangunan PGGMB, ibu negara, hari ini.

    Majlis tahunan itu dihasratkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara BIBD dan pelajar-pelajar ALAF bersama keluarga dalam meraikan semangat kekeluargaan, kebersamaan serta saling berkongsi dalam suasana perayaan.

    Seramai 276 pelajar ALAF hadir pada majlis itu bersama-sama keluarga mereka, para pegawai kanan kerajaan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, pengurusan kanan BIBD, Taskforce BIBD ALAF yang terdiri daripada ahli-ahli dari
    Jabatan Sekolah-sekolah, Jabatan Pengajian Islam serta pihak-pihak berkepentingan relevan yang lain.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri serta pengurusan kanan BIBD dan jemputan khas.

    Awang Junaidi ketika mengulas mengenai majlis tersebut menyatakan BIBD amat
    gembira untuk menyokong majlis tahunan yang meraikan keriangan dan keharmonian
    Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar-pelajar BIBD ALAF serta keluarga mereka.

    Sebagai sebuah rakan kongsi strategik kepada pihak berkepentingan BIBD ALAF relevan, tambah beliau, BIBD terus mengutamakan hal ehwal yang berkaitan dengan pemerkasaan dan pembangunan pendidikan, kesejahteraan komuniti serta menghulur bakti kembali kepada masyarakat.

    Selain daripada menikmati pelbagai hidangan yang disediakan, pelajar-pelajar BIBD ALAF dan keluarga mereka juga menerima cenderahati yang ditaja oleh McDonald’s Brunei.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim hadir selaku tetamu khas pada majlis berkenaan.
    Tetamu mengambil kesempatan merakamkan gambar di pondok foto pada majlis itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda