Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambut Aidilfitri di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat

    KABUL, 21 APRIL – Rakyat Afghanistan menyambut Hari Raya dan menunaikan solat sunat Aidilfitri hari ini di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat, lapor Xinhua.

    Tiada insiden tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini dan anggota keselamatan telah ditempatkan di sekitar masjid dan di kawasan sensitif yang lain.

    “Situasi keselamatan baik dan saya berharap rakyat Afghanistan dapat menyambut cuti Aidilfitri selama tiga hari dalam suasana aman,” kata Fahim yang menetap di Kabul.

    Pemangku Menteri Dalam Negeri, Khalifa Sirajuddin Haqqani dalam perutusan Aidilfitrinya, memberi jaminan kepada rakyat bahawa anggota polis akan berusaha untuk memastikan keamanan dan keselamatan sepanjang cuti Aidilfitri selama tiga hari bermula hari ini. – Bernama

    Seorang anggota keselamatan Taliban berkawal ketika umat Islam tiba untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid Abdul Rahman di Kabul, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda