Alhamdulillah..khabar mengenai vaksin sudah pun kedengaran di negara ini, bakal diagihkan sebaik sahaja ia tiba kelak.
Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kementerian Kesihatan atas berita ini, yang sudah pun diumumkan hampir tiga minggu yang lalu.
Apa yang saya lihat sekarang kementerian terbabit sudah mula mengadakan taklimat kepada golongan warga emas yang akan menerima suntikan vaksin kelak, sebagai kategori pertama penerima selain petugas barisan hadapan dan para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Saya bagaimanapun ada sedikit kemusykilan mengenai penerima golongan terakhir iaitu orang awam.
Adakah semua akan divaksin? Bagaimana mereka yang tidak punya kad pengenalan dan hanya di bawah sokongan salah seorang pasangan yang bekerja atau menggunakan visa melawat? Adakah mereka juga tergolong di dalamnya? Atau adakah mereka perlukan BruHim atau sekadar BruHealth?
HARAPAN KINI BERPUTIK