Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambut baik cadangan tambah jumlah jururawat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menyambut baik saranan dan cadangan mengenai penambahan Home Based Nursing (HBN) bagi kesihatan asasi golongan warga emas.

    Beliau berkata, HBN adalah penjagaan rawatan bagi sesiapa saja yang memerlukan dan ia tidak terhad kepada golongan warga emas saja.

    Seperti saranan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin mengenai HBN, tugasnya bukan saja untuk mengambil darah dan memberikan ubat saja tapi untuk memberikan penjagaan baik kepada yang dijaga.

    Semasa permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara di Dewan Majlis hari ini, Yang Berhormat Dato turut mengakui bahawa perkhidmatan berkenaan terhad disebabkan jumlah jururawat yang terhad.

    “Dengan adanya penambahan jumlah jururawat di masa akan datang nanti, HBN ini akan dapat membantu hospital dari segi pengurangan jumlah pengisian katil pesakit dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pesakit daripada terdedah kepada kuman dan jangkitan lain,” tambah beliau.

    Yang Berhormat Dato juga berkata, Kementerian Kesihatan turut menyahut baik saranan ahli MMN mengenai kepentingan anak atau adik-beradik untuk menjaga ibu bapa mereka.

    Seperti lazimnya, jelas Yang Berhormat Dato lagi, sebelum pesakit dibenarkan pulang ke rumah, kakitangan fisioterapi akan meninjau rumah pesakit untuk memastikan ia sesuai atau sebaliknya.

    “Kerajaan Negara Brunei Darussalam sangat mengambil berat terhadap kesejahteraan pesakit-pesakit dan dengan peningkatan jumlah jururawat nanti, ia akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” tambah beliau.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda