Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambut ‘birthday’ bersama keluarga selepas 2 tahun di hospital

    Sempena meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-50, penyanyi Indonesia, Ari Lasso meminta peminatnya untuk menderma kepada pesakit kanser.

    Ari atau Ari Bernardus Lasso, 50, berkata tujuannya meminta sumbangan itu adalah sebagai tanda kesyukuran masih dipanjangkan usia dan berharap dapat memberi manfaat kepada pejuang kanser yang lain.

    “Sebagai ungkapan syukur menjelang ulang tahun kelahiran ke-50, beri saya hadiah ya, bukan untuk saya tetapi kita beri kepada para pejuang kanser,” katanya yang menyambut hari kelahiran pada Selasa.

    Ari berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Rahasia Perempuan itu turut mengimbau kenangan dua tahun menyambut hari kelahiran di hospital.

    Ari bersyukur dapat meraikan hari ulang tahun kelahiran bersama keluarga. – Agensi

    Kata Ari, dia bersyukur kerana tahun ini dapat meraikannya di rumah bersama insan tersayang.

    “Tahun 2021, 2022 saya menyambut ulang tahun kelahiran di hospital.

    “Dua ulang tahun terberat dalam hidup saya.

    “Tahun ini saya bersyukur boleh meraikannya di rumah bersama orang-orang penting dalam hidup saya. Terima kasih semua atas doa dan sokongan,” ujarnya.

    Ari disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua pada September 2021 dan didiagnosis sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) yang jarang berlaku dalam kalangan pesakit kanser.

    Bagaimanapun, sekitar Februari 2022, keluarga penyanyi berkenaan memaklumkan bahawa Ari akhirnya bebas kanser. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda