Oleh Daniel Lim
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Murid-murid dan guru-guru dari Sekolah DES dapat memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78 dengan projek lukisan yang penuh warna-warni dan kreatif.
Seramai 25 murid-murid Tadika 3 sekolah itu mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut di mana mereka dengan gembiranya melukis dan mewarna kek hari jadi di sepanjang hari, yang kemudiannya dipamerkan dengan bangga dan digantung di dinding bilik darjah untuk meraikan majlis tersebut.
