Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambut Ilal Hijrah, serah van jenazah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Sambutan Ilal Hijrah 1446 dan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-63 secara serentak di semua surau perkhemahan tentera ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Hikmah, Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan.

    Jemputan khas yang turut diundang adalah wakil-wakil dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Penghulu Mukim Pekan Tutong, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Persatuan Veteran ABDB (PERWIRA) dan Sekolah Ugama Binturan, Tutong.

    Majlis dimulakan dengan penyampaian ceramah khas bertajuk Memelihara Akal, Masyarakat Sejahtera oleh Pegawai Perkembangan Ugama dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI), KHEU, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa dan diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran.

    Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi telah menyerahkan kunci replika van jenazah Tabung Infaq ABDB kepada Imam Surau Al-Hikmah, IL ABDB Penanjong Garison, Awang Mohd Syazwan bin Mohd Nazmi.

    Majlis turut diserikan dengan penyerahan plak perasmian bagi menara Surau Al-Hikmah oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Kementerian Pertahanan, Hajah Wan Farhani binti Haji Suhaili kepada Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat selaku Pengerusi Tertinggi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-63.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bersama warga Kementerian Pertahanan semasa Sambutan Ilal Hijrah. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyerahkan kunci replika van jenazah. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    GAMBAR OLEH ADIB NOOR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda