Tuesday, May 20, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambut Ramadan dengan penuh kegembiraan

    ALHAMDULILLAH, bulan Ramadan kini bakal tiba lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu-tunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

    1-Berdoalah agar Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah dan zikir.

    Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan bulan Ramadan dan berdoa agar Allah SWT menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadan, mereka berdoa kepada Allah SWT.

    2-Bersyukurlah dan pujian kepada Allah SWT atas kurniaan Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah SWT sebagai tanda syukur dan memuji Allah SWT dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”

    Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah SWT kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah SWT sebagai bentuk syukur.

    Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu-tunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan. – Gambar hiasan
    Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang, agar puasa kita benar-benar diterima oleh Allah SWT. – Gambar hiasan
    Eratkan hubungan silatulrahim. Ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim dan bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, suami dan isteri, adik-beradik, sahabat handai dan mereka yang dimusuhi. – Gambar hiasan

    3-Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datangnya bulan Ramadan,

    “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad).

    Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu adalah bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

    4-Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadan sangat singkat. Oleh kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    5-Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Sesiapa jujur kepada Allah SWT, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan.

    “Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.” (Surah Muhammad, ayat 21).

    6-Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang, agar puasa kita benar-benar diterima oleh Allah SWT.

    “Maka bertanyalah kepada ‘AhluzZikri’ (orang-orang yang berilmu), jika kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Anbiyaa’, ayat 7).

    7-Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara bersungguh-sungguh dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat.

    “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, ayat 31).

    8-Mempersiapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang membantu proses ‘tadzkiyatun-nafs.’ Hadirilah majlis ilmu yang membincangkan tentang keutamaan, hukum dan hikmah puasa. Sehingga dari segi mental kita, kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan di sepanjang bulan Ramadan.

    9-Persiapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadan dengan membuat catatan ringkas merangkumi puasa dan tarawih untuk disampaikan kepada masyarakat umum serta memberikan buku kecil atau lembaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

    10-Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baharu yang bersih kepada Allah SWT, dengan ‘taubatan nashuha’, kepada Rasulullah SAW dengan meneruskan risalah dakwah Baginda dan menjalankan sunnah-sunnah Baginda. Kepada keluarga, ibu bapa, isteri, anak dan saudara mara dengan mempereratkan hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Kerana manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

    5 tips tambahan bagi persiapan menyambut ketibaan Ramadan

    Bulan puasa bakal menjelang dalam masa beberapa hari saja lagi. Jadi di sini dikongsikan lima tips ringkas sebagai persediaan menjalani bulan Ramadan:

    1. Perbanyakkan doa dan taubat

    Berdoalah sentiasa agar kita dipanjangkan umur untuk dipertemukan dengan bulan Ramadan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Perbanyak taubat, jauhi maksiat dan senantiasa berdoa agar dosa-doa kita diampunkan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih. Boleh mengamalkan doa ini:

    “Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan”

    “Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan” (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani).

    2. Tingkatkan ilmu agama

    Dalami ilmu agama, terutamanya yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusyikilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif contohnya ustaz atau ustazah .

    3. Eratkan hubungan silatulrahim

    Ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim dan bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, suami dan isteri, adik-beradik, sahabat handai dan mereka yang dimusuhi.

    4. Persiapan harta

    Mulailah dari sekarang menghitung zakat mal keluarga kita dan seboleh mungkin membayarnya pada awal Ramadan. Jangan tunggu sehingga penghujung Ramadan. Jika ada rencana mengadakan berbuka puasa bersama dengan mengundang jiran dan rakan-rakan, mulailah persiapkan agenda dan bajet untuk ini. Ajar anak-anak untuk mulai menabung dari sekarang untuk rencana bersedekah pada bulan Ramadan nanti.

    5. Persiapan fizikal dan mental

    Ibaratnya ingin menyambut tetamu yang sangat istimewa, seisi rumah haruslah dalam keadaan yang juga istimewa. Minta seluruh ahli keluarga untuk menjaga kesihatan mereka, salah satunya dengan memperbanyakkan pemakanan sihat dan bergizi.

    Latih diri dan keluarga untuk berpuasa dengan berpuasa sunat. Tingkatkan jadual tadarrus Al-Quran dan biasakan anak bangun lebih awal (sejam atau setengah jam sebelum subuh) dengan mengajaknya solat bersama. Insya-Allah, dengan semua persiapan ini, semoga kita dikurniakan ganjaran yang besar di dalam bulan Ramadan nanti.

    “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

    Sabda Rasulullah SAW:

    “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dalam keadaan penuh keimanan dan ‘ihtisab,’ maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa menghidupkan malam Al-Qadr (Lailatul Qadar) dalam keadaan penuh keimanan dan ‘ihtisab,’ maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

    Sabda Rasulullah SAW:

    “Barangsiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala, diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dan jangan lupa persediaan untuk memastikan keselamatan rumah anda terjaga terutamanya yang merancang untuk pulang ke kampung halaman untuk berbuka puasa dengan keluarga tersayang sempena bulan Ramadan.

    Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak! – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/