Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Aidilfitri di Palestin dihujani roket Rejim Zionis

    RIYADH, 13 MEI – Umat Islam di seluruh dunia hari ini meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam di tengah-tengah meningkatnya konflik antara Israel dan Palestin, dalam perayaan yang dibayangi wabak koronavirus.

    Perayaan tersebut, yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan, secara tradisinya disambut dengan menunaikan solat sunat Hari Raya di masjid, kenduri keluarga dan membeli pakaian baharu dan hadiah.

    Ketegangan semakin meningkat berikutan pengusiran Israel yang dirancang terhadap penduduk Palestin dari sebuah daerah di Baitulmaqdis timur, yang dilihat oleh Yahudi sebagai sebahagian dari ibukota mereka tetapi PBB menganggap Israel mendudukinya.

    Israel semalam bertungkus-lumus menangani rusuhan di jalan-jalan setelah beberapa hari serangan roket yang mematikan dilancarkan pejuang Palestin di Gaza.

    Di Gaza, setakat ini 83 orang terbunuh, termasuk 17 kanak-kanak dan lebih dari 480 orang cedera dalam beberapa hari serangan udara Israel tanpa henti di kawasan pantai yang sesak.

    Raja Arab Saudi, Raja Salman mengecam Israel dalam satu panggilan telefon kelmarin dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Raja Arab Saudi menegaskan, “Arab Saudi mengutuk keras tindakan Israel di Baitulmaqdis dan tindakan keganasan yang dilakukan oleh Israel, menegaskan kerajaan Saudi akan terus menyokong Palestin,” lapor Saudi Press Agency. – AFP

    Kepulan asap kelihatan berikutan serangan udara Israel di sebuah bangunan di Kota Gaza, semalam. Penduduk Palestin menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa, di tengah-tengah bedilan roket berterusan Israel. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda