Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Aidilfitri erat hubungan FITRAH

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Seramai 14 ahli Eksekutif Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH) telah meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Restoran Hotel Al Afiah Kiulap, baru-baru ini.

    Majlis tersebut bertujuan untuk memupuk hubungan silaturahim dalam kalangan ahli FITRAH, sambil membincangkan aktiviti FITRAH bersama Exco FITRAH sesi 2023-2025.

    Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Di-Pertua Persatuan FITRAH, Hajah Norjum binti Haji Yusop.

    Antara perkara yang dibincangkan dalam majlis termasuklah aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh FITRAH.

    Cadangan dan pandangan daripada ahli-ahli yang hadir turut diberi perhatian, terutamanya dalam usaha meningkatkan keahlian dan Tabung FITRAH bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti yang dirancang selaras dengan matlamat FITRAH.

    Ahli-ahli eksekutif turut mengambil inisiatif penting kepada tindakan yang perlu untuk kecemerlangan FITRAH.

    Hajah Norjum bergambar ramai bersama ahli FITRAH.- Gambar serahan FITRAH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda