Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan hari jadi Kim Kardashian musnah

    Selebriti terkenal Kim Kardashian (gambar bawah) meluahkan rasa kecewa apabila majlis ulang tahunnya yang ke-42 tidak berjalan seperti dirancang.

    Memetik laporan Mirror, Kim dikatakan merancang menyambut ulang tahunnya di atas jet peribadi milik kakaknya yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

    Bukan itu sahaja, Kim juga dijangka bakal menyambut ulang tahunnya di dua negeri berbeza iaitu Los Angeles dan Vegas.

    Mengikut perancangan, Kim bersama rakan-rakannya dikatakan akan pergi ke Las Vegas untuk menonton persembahan Usher selepas menikmati makan malam.

    Bagaimanapun, malang nasib bintang Keeping Up With The Kardashians itu apabila cuaca buruk melanda sehingga menyebabkan jet tersebut tidak dapat mendarat di Vegas seperti dirancang.

    “Pesawat saya tidak dapat mendarat kerana angin kuat… nampaknya kami tidak dapat menonton konsert Usher. Kami akan pulang ke rumah,” katanya di Instagram.

    Bukan hanya Kim, adiknya Khloe juga meluahkan rasa kecewa tidak dapat pergi ke konsert Usher.

    Setibanya di Los Angeles, Kim bersama rakannya cuba menghiburkan diri mereka dengan singgah ke restoran makanan segera bagi meneruskan majlis ulang tahun tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda