Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

Sambutan Hari Kanak Kanak Sedunia dirai

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) dan Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) telah meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia hari ini di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman; Konsultan Pediatrik CDC, Dr Hajah Mawarni binti Haji Abdul Hamid; Presiden YASKA, Haji Mohd Suffian bin Haji Zainal Abidin dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Haji Nor Asilin bin Awang Haji Puting.

Seterusnya ialah ucapan alu-aluan daripada Dayang Mirany Floridzah dan diikuti dengan ucapan daripada Dr Hajah Mawarni.

Dayang Mirany Floridzah dalam ucapannya mengongsikan tahun ini merupakan sambutan kali ke-16 diadakan di Negara Brunei Darussalam dengan tema ‘Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Setiap Kanak-kanak’.

Sambutan tahun ini memfokuskan ke arah penglibatan kanak-kanak yang bertujuan agar mereka dapat mempunyai visi dan matlamat yang lebih jelas serta sedar akan pelbagainya haluan dan peluang yang mereka boleh terokai dan peroleh untuk mencapai masa depan yang lebih baik.

Seramai 80 orang kanak-kanak, 40 orang dari CDC dan 40 orang dari YASKA termasuk yang dirawat di wad 28 dan 29 telah menerima cenderahati hasil sumbangan daripada imagine Sdn Bhd dan JAPEM yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Pemberian cenderahati tersebut adalah untuk meraikan kanak-kanak secara inklusif demi memastikan semua golongan kanak-kanak tidak terkecuali dalam kegembiraan menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia.

Hajah Nor Ashikin menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak yang diraikan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -