Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Hari Kebangsaan penuh semangat patriotik

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani dan Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Laungan Takbir “Allahuakhbar” sebanyak tiga kali yang berkumandang di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien merupakan tanda hormat serta setia kepada raja dan negara oleh peserta yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan mendukung semangat, Menjayakan Wawasan Negara.

    Sambutan itu merupakan satu titik nota yang penting dalam sejarah negara setelah 39 tahun meraikan kemerdekaannya, Brunei telah menikmati pembangunan yang pesat dan kemakmuran negara, hasil daripada usaha gigih rakyat dan penduduk serta kerajaan dalam memastikan negara akan terus menjadi sebuah negara makmur dan harmoni serta terus memainkan peranan yang penting di dalam pelbagai isu serantau dan antarabangsa.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39. Berangka sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; DYTM Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
    Antara yang mengambil bahagian dalam persembahan pentas.
    Lafaz ikrar Hari Kebangsaan diketuai oleh Pegawai Kerja, Kementerian Pertahanan, Awangku Md Nazirul Mubin bin Pengiran Haji Abdul Rahman

    Ikuti berita lanjut dalam Edisi Jumaat (Media Permata)

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda