BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNOC) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan sekali lagi akan menganjurkan Sambutan Hari Olimpik di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 30 Jun ini.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden BDNOC dijangka berkenan berangkat ke sambutan yang bermula jam 8:15 pagi tersebut.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)