Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus meriah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN – Sambutan Hari Raya Aidilfitri hampir berakhir, namun kemeriahannya masih hangat dirasakan dengan majlis-majlis sambutan diadakan oleh pelbagai pihak termasuk persatuan-persatuan sebagai pelantar untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli.

    Times Hotel adalah antara yang mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi ahli-ahlinya, rakan-rakan serta ahli keluarga mereka, hari ini.

    Rumah terbuka ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara ahli-ahli dan sanak saudara di samping itu menyambut hari kemenangan bagi yang beragama Islam.

    Di samping menikmati pelbagai hidangan yang disajikan, para jemputan khas dan keluarga mereka turut dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu hari raya.

    Hadir mengalu-alukan para jemputan ialah Pengurus Besar Times Hotel, Dayang Masnoni binti Haji Selamat.

    Majlis tersebut diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
    Majlis tersebut diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda