Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Hari Raya dengan norma baharu

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada masa ini, Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    Jika sebelum ini balik kampung yang sudah menjadi tradisi setiap kali menjelang Hari Raya, namun Syawal tahun ini mencipta sejarah apabila umat Islam terpaksa menyambut dengan norma baharu seperti melakukan penjarakan sosial.

    Pasangan suami isteri, Aisha dan Eko Mariyanto yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia, merupakan antara pekerja Indonesia yang tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

    “Memang sedih kerana tidak dapat bersama keluarga tetapi kami berdua tidak mahu pentingkan diri, hanya kerana ingin beraya di kampung.

    “Kita tidak tahu tahap kesihatan kita apatah lagi di kampung ada orang tua yang sudah berusia,” jelas Aisha yang sudah 10 tahun berada di negara ini.

    “Dengan adanya teknologi se-perti telefon pintar, kami dapat berhubung menerusi panggilan video bersama keluarga dan dua orang anak kami yang berusia 13 dan 15 tahun di kampung,” kata Aisya lagi.

    Pasangan yang bekerja di kantin di Pulau Muara Besar itu hanya pulang ke kampung setiap dua tahun sekali.

    “Walaupun tidak dapat pulang ke kampung, beliau dan suami tetap menyambut Hari Raya dalam suasana sederhana bersama rakan-rakan senegara sebaik sahaja selesai menunaikan solat Sunat Aidilfitri di rumah,” katanya lagi.

    Perbezaan juga dapat dirasakan oleh Mohammad Iqbal berasal dari Kerala, India, yang mana menurutnya setiap tahun di pagi Syawal, beliau dan isterinya akan mengadakan perhimpunan dengan komuniti Islam Kerala di Brunei Darussalam namun tahun ini disebabkan wabak COVID-19, mereka terpaksa membatalkannya kerana mematuhi arahan pihak kerajaan dalam usaha mencegah penularannya.

    Aisha dan suaminya, Eko tetap meraikan Hari Raya secara ala kadar meskipun tidak dapat pulang ke negara asal.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Minyak harum Nur