Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Sambutan Hari Raya masih lagi hangat dirasakan kemeriahannya dengan majlis rumah terbuka dan majlis sambutan seperti yang diadakan oleh penduduk dan Majlis Perundingan Kampung Penabai di Dewan Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Kuala Tutong, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kampung Sengkarai selaku Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong, Haji Momin bin Abdul Razak
Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli dan sanak saudara di kampung berkenaan di samping menyambut hari kemenangan umat Islam.
