Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Hari Raya sebagai cara eratkan silaturahim

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Kumpulan Syarikat Concepts Computer telah mengadakan majlis kesyukuran bagi kakitangannya sambil meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kiulap, kelmarin.

    Majlis itu dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan syarikat serta sama-sama meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kumpulan Concepts, Vincent Pao dan Pengawal Kewangan, Alice Chan.

    Vincent Pao dan isteri bersama kakitangan syarikat tersebut yang hadir semasa majlis kesyukuran sekali gus meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kiulap. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda