Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Freda Raden telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya pada 29 Jun 2019.
Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Freda Radin, Pengiran May Fazura Pengiran Haji Raden Hanafi dan ucapan Pengerusi PIBG Awang Sukerdi bin Moksin.
Acara ini dilanjutkan dengan aktiviti seperti persembahan, kuiz dan sebagainya.