Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Hari Raya STJ penuh kreativiti

    Oleh Sim Y. H.

    KUALA BELAIT, 24 APRIL – Sebagai aktiviti tahunan yang dihasratkan untuk memeriahkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara satu sama lain, Sekolah Tunas Jaya (STJ) PGGMB Kuala Belait tidak ketinggalan untuk mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di sekolah berkenaan hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya dalam persembahan serta lakonan ialah Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Othman.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Di-Pertua, Cikgu Haji Badar bin Haji Md Ali; Pengerusi Tetap, Cikgu Haji Jamal bin Haji Kahar; Setiausaha Agung, Cikgu Haji Mustapa bin Haji Masri; Setiausaha Kewangan, Cikgu Haji Junef bin Haji Ramli; Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri), Cikgu Hajah Yahya bin Haji Mirassan; Guru Besar sekolah, Cikgu Faaziah binti Haji Kamis, mantan-mantan guru besar, guru-guru serta murid-murid sekolah.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Kokurikulum Sekolah, Cikgu Rahmat bin Roslan selaku pengerusi majlis menggariskan tujuan majlis diadakan ialah bagi melahirkan rasa syukur setelah berjaya mengharungi dan menjalankan ibadah puasa dengan jayanya, mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan guru dan murid serta menggalakkan kerjasama yang padu di kalangan warga sekolah dan mencungkil bakat dan potensi para murid dalam aktiviti yang disertai.

    Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu sekolah serta persembahan murid-murid dari KG1 hingga Tahun 6 dan diakhiri dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada murid-murid yang menyertai persembahan.

    Majlis berkenaan merupakan antara aktiviti tahunan sekolah yang amat ditunggu-tunggu oleh para murid bagi mempersembahkan kreativiti dan bakat mereka dalam nyanyian dan lakonan yang mereka sertai.

    Semua di atas: Antara persembahan daripada murid-murid semasa sambutan berkenaan.

    Gambar ramai Haji Abdul Alim, para jemputan khas bersama antara yang hadir semasa sambutan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB KUALA BELAIT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda