Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Hari Raya terus diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal yang penuh kemuliaan ini, Murid-murid Kelas Al-Quran dan Muqadam Masjid Kampung Masin telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di masjid berkenaan baru-baru ini.

    Acara tersebut merupakan acara tahunan masjid tersebut dan dihadiri oleh 100 orang murid serta guru-guru.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam masjid, Haji Sufri bin Haji Mega dan bacaan Doa Selamat oleh Guru Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Haji Abdul Wahab bin Abdullah.

    Bagi memeriahkan lagi majlis, acara cabutan bertuah juga diadakan di mana hadiah-hadiah tersebut merupakan sumbangan ikhlas daripada kalangan guru dan penduduk Kampung Masin.

    Salah seorang murid ketika menerima hadiah pada acara tersebut. – Gambar oleh Masjid Kampung Masin
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda