Sunday, July 7, 2024
21.4 C
Brunei

    -

    Sambutan Ilal Hijrah 1446 pada 6 Julai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 04 JULAI- Negara Brunei Darussalam akan menyambut ketibaan Awal Tahun 1446 Hijrah dengan sambutan Ilal Hijrah bagi memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah, yang akan diadakan pada hari Sabtu Malam Ahad, 01 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 06 Julai 2024 Masihi di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh Negara mulai jam 5.00 petang.

    Tema bagi Sambutan Ilal Hijrah 1446 tahun ialah “Memelihara Akal, Masyarakat Sejahtera”.

    Sehubungan itu, tumpuan utama majlis berkenaan diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait, Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong

    Antara pengisian utama acara adalah bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah. Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan.

    Di samping itu, acara-acara iringan akan turut diadakan antaranya Majlis Pemberian Hadiah kepada anak-anak damit yang lahir pada 01 Muharram sempena Sambutan Ilal Hijrah 1446 dan Ceramah di kementerian-kementerian, jabatan-jabatan Kerajaan, dan intitusi-institusi pengajian tinggi serta masjid-masjid.

    Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke majlis yang diadakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bagi sama-sama menyambut ketibaan Awal Tahun 1446 Hijrah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...