Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan ke-85 tahun pengakap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) akan menyambut ulang tahun ke-85 pergerakan pengakap di Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 2018.

    Sehubungan dengan itu Majlis Membaca Surah Yasin sebanyak 85 kali, Tahlil dan Doa Kesyukuran telah diadakan bertempat di Balai Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam hari ini.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bin Haji Sirat selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

    Turut hadir ialah Naib-naib Yang Dipertua PPNBD, Pengiran Abdul Wahab bin Pengiran Haji Hassan dan Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba; Bendahari Agung PPNBD, Pengiran Alit bin Pengiran Haji Damit; Ketua Pesuruhjaya, Awang Badar bin Haji Awang Ali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Ismail bin Pehin Orang Kaya Ratna Setia Dato Setia Haji Awang Abdul Hapidz; Pesuruhjaya Antarabangsa, Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip dan Setiausaha Agung PPNBD, Haji Zainuddin bin Haji Jaafar.

    Turut hadir di majlis itu ialah pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, penolong-penolong pesuruhjaya, pemimpin-pemimpin pengakap dan ahli-ahli pengakap.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa semasa memimpin bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran.
    Sesi bergambar ramai bersama Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan seterusnya diikuti dengan membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran.

    Antara tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menyemarakkan serta memeriahkan sambutan 85 tahun pergerakan pengakap di negara ini. Di samping itu, tahlil yang diadakan adalah bagi pemimpin-pemimpin dan juga ahli-ahli pengakap yang telah kembali kerahmatullah.

    Selain itu majlis berkenaan diadakan adalah sebagai menandakan kesyukuran di atas pergerakan yang telah mencapai usia 85 tahun.

    PPNBD merupakan salah satu persatuan belia yang tertua di negara ini. Pergerakan pengakap di negara ini mula ditubuhkan pada Januari 1933 di Sekolah Pekan Melayu Brunei oleh Allahyarham Dato Paduka Haji Marsal bin Maun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda