Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Sambutan Maal Hijrah Sarawak pada 6 dan 7 Julai

    KUCHING, 2 JULAI – Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak akan diadakan hujung minggu ini dengan majlis bacaan doa dan perhimpunan.

    Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata sambutan akan bermula dengan majlis bacaan Doa Akhir Tahun 1445H dan Awal Tahun 1446H di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 5:30 petang Sabtu.

    Beliau berkata pada Ahad pula, Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah dijadualkan berlangsung di Dewan Hikmah Exchange di sini pada pukul 9 pagi, yang akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    “Abang Johari akan menyampaikan amanat pada hari berkenaan selain acara penyampaian anugerah sempena Maal Hijrah turut akan diadakan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, hari ini. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis Penghargaan Kerjasama Vendor Sarawak Dalam Industri Minyak dan Gas 2024 pada 1 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...