Sambutan Maulidur Rasul peringkat negara 29 Okt

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Urus Setia Jawatankuasa Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1442 Hijrah memaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1442 Hijrah Peringkat Negara akan diadakan pada 29 Oktober, 8:30 pagi di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

Majlis seumpamanya juga turut diadakan serentak di Daerah Belait, Tutong dan Temburong di masjid-masjid terpilih.

Antara pengisian acara ialah Syarahan Khas dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Membangun dengan Akhlak Nabi Muhammad SAW’.

Sehubungan itu, orang ramai yang hadir ke majlis tersebut dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan seperti sebelum ini bagi sama-sama membendung penularan wabak COVID-19.