Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Maulud giat diraikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Pelbagai pihak terus memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan majlis-majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.

    Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya adalah antara yang mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW yang dikelolakan oleh Jabatan Ukur di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Kenapa Aku Harus Mengamalkan Sunnah?’ yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Awang Hilman bin Haji Salim dan persembahan Dikir Marhaban dan Selawat Tafrijiyyah oleh Kumpulan Dikir Jabatan Ukur.

    Kementerian Pendidikan melalui Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Jabatan Pengurusan Pendidik turut mengadakan majlis serupa petang tadi di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis yang mengetengahkan tema ‘Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati’ itu diisikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Muhammad Al-Mustafa, Insan Terpilih’ yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di Jame’ ‘Asr Hassanal Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda semasa menghadiri Majlis Sambutan Maulud di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan & Yusrin Junaidi
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa menghadiri Majlis Sambutan Maulud di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan & Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda