Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya bersama Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) yang diadakan di Dewan Serba Guna Pusat Ehsan.

