Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Aidilfitri penuh ceria di Pusat Bahagia Eric Goh

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 20 APRIL – Suasana penuh keceriaan menyelubungi Dewan Pusat Bahagia Eric Goh apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri dianjurkan di premis tersebut melalui Dana Amanah Eric Goh Kiat Yong dengan kerjasama GHK Motors Sdn Bhd, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah GHK Motors Sdn Bhd, Jake Goh dan Pegawai Kerja Sosial Bahagian Orang Kelainan Upaya di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayangku Khairah Wadhihah binti Pengiran Haji Zainurin.

    Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian dan tarian berkonsepkan Hari Raya oleh lebih 80 pelajar keperluan khas pusat tersebut, sekali gus memeriahkan suasana perayaan.

    Majlis diserikan dengan persembahan daripada pelajar berkeperluan khas. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Sebagai tanda ingatan dan penghargaan, para pelajar turut menerima sampul hijau sumbangan Dana Amanah Eric Goh Kiat Yong, yang disampaikan oleh tetamu kehormat. Majlis disusuli dengan jamuan makan tengah hari yang membolehkan para pelajar beramah mesra sambil menikmati hidangan serta kuih-muih tradisional Hari Raya.

    Salah seorang pelajar menerima sampul hijau daripada tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Salah seorang pelajar menerima sampul hijau daripada tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Salah seorang pelajar menerima sampul hijau daripada tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Pusat Bahagia Eric Goh dibina hasil sumbangan Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin sebagai memperingati mendiang anak beliau, Eric Goh. Sejumlah $1 juta telah disalurkan ke dalam Dana Amanah Eric Goh Kiat Yong untuk tujuan kebajikan.

    Pihak pusat bahagia memaklumkan bahawa sambutan Hari Raya itu merupakan acara tahunan yang bertujuan memastikan golongan pelajar berkeperluan khas turut merasai kemeriahan perayaan, di samping menggalakkan mereka untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Tetamu kehormat bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda