Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan raya terus meriah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Sambutan Hari Raya terus diraikan di rumah-rumah dan juga di pejabat-pejabat sebagai sebahagian daripada tradisi Hari Raya, di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk meraikan dan berkongsi juadah, serta pelbagai aktiviti dan hiasan turut diadakan di rumah dan pejabat bagi memeriahkan lagi suasana perayaan.

    Sehubungan itu, pagi tadi, Kumpulan Syarikat Goh Hock Kee mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat GHK Motors bertempat di bilik pameran utama bersama para pekerja, dengan kehadiran Pengarah Urusan GHK Motors Sdn Bhd, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Pengarah GHK Motors Sdn Bhd, Jake Goh.

    Sambutan berkenaan diraikan dalam skala kecil namun tetap meriah dan penuh kegembiraan, dengan pelbagai hidangan disediakan untuk dinikmati oleh semua. Para pelanggan GHK yang kebetulan mengunjungi bilik pameran turut dijemput untuk sama-sama menikmati juadah yang disediakan, yang terdiri daripada makanan utama hingga ke hidangan yang menyelerakan.

    Sambutan itu juga menyerlahkan semangat kerjasama yang tinggi antara pihak pengurusan dan para kakitangan, apabila semua berganding bahu dalam menghias ruang dengan dekorasi raya bagi menyerikan lagi suasana dan menyambut tetamu dengan semangat Hari Raya yang tinggi.

    Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin bergambar ramai bersama kakitangan GHK. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda