Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Tahun Baharu Laos bakal diadakan semula

    VIENTIANE, 23 MAC – Banyak wilayah di Laos akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk meraikan Tahun Baharu Laos pada tahun ini selepas acara dibatalkan atau dikecilkan selama tiga tahun berturut-turut akibat pandemik COVID-19.

    Pejabat Perdana Menteri (PM) kelmarin mengarahkan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan, Kementerian Pertanian dan Perhutanan, agensi kerajaan pusat dan pejabat kerajaan wilayah untuk memastikan makanan dan barangan pengguna am mencukupi bagi memenuhi permintaan semasa perayaan.

    Tahun Baharu Laos ialah perayaan paling penting dalam kalendar Laos yang disambut pada 14 hingga 16 April. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda