Thursday, July 17, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Xiao Qin hargai warga emas

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 JUN – Persatuan Foochow Daerah Belait telah mengadakan sambutan tahunan Perayaan Xiao Qin di bangunan utama mereka di Jalan Bunga Simpur dan Jalan Bunga Raya, Kuala Belait baru-baru ini.

    Majlis berkenaan turut dihadiri ahli-ahli persatuan serta para tetamu daripada Persatuan Fuzhou Shiyyi Negara Brunei Darussalam bagi memperingati jasa orang tua serta menghargai sumbangan nenek moyang kepada keluarga.

    Dalam ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis, Wong Yee Lung menekankan bahawa warga emas dan nenek moyang merupakan asas kepada keluarga serta lambang nilai teras dalam budaya masyarakat Cina selama lebih 5,000 tahun

    “Orang tua kita telah membesarkan kita dengan penuh kesusahan dan telah mencurahkan sepenuh pengorbanan demi kebahagiaan kita. Semua kejayaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil kerja keras dan kasih sayang mereka. Oleh itu perayaan ini bukan sahaja satu perayaan untuk melahirkan rasa syukur tetapi juga sebagai satu peringatan penting untuk mewarisi nilai-nilai mulia dalam kehidupan,” katanya.

    Ucapan oleh pengerusi penganjur Wong Yee Lung semasa sambutan berkenaan.

    Dalam memperingati tunjuk ajar serta nilai-nilai yang telah diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak persatuan dan menyambut majlis itu bersama keluarga serta sahabat.

    Antara acara menarik pada malam tersebut termasuklah upacara memotong kek sebagai simbolik kepada sambutan diikuti dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh para ahli persatuan.

    Majlis memotong kek diadakan bagi memperingati majlis tersebut.

    Majlis turut diserikan dengan hidangan istimewa serta acara cabutan bertuah yang menyaksikan beberapa jemputan bertuah menerima hadiah sebagai tanda penghargaan.

    Antara pemenang cabutan bertuah menerima hadiah daripada pengerusi persatuan, George Wong.

     Semua di atas: Antara permainan dan persembahan yang diadakan semasa sambutan berkenaan.

    Sesi bergambar ramai semasa sambutan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda