Tuesday, July 15, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sami Tibet ‘korbankan diri’

    BEIJING, 1 Dis – Seorang sami Tibet berusia 63 tahun telah mengorbankan dirinya di barat daya China sebagai bantahan ke atas kehadiran Beijing di Tibet, menurut pihak yang berkempen, orang kelima tahun ini melakukan perkara itu.

    Tenga, seorang sami yang terkenal dan juga guru sukarela bagi kanak-kanak kampung, meninggal dunia selepas membakar dirinya di Wilayah Sichuan, Wilayah Autonomi Tibet Garzi, kata Kempen Antarabangsa Tibet (ICT), yang beribu pejabat di Washington.

    Kumpulan itu berkata Tenga adalah sami Tibet ke-151 untuk mengorbankan diri sejak 2009. Awal tahun ini, seorang penduduk Ganzi bernama Wangchuk Tsetan juga mengorbankan dirinya.

    Pihak berkuasa memberitahu AFP bahawa mereka tidak tahu mengenai kejadian terbaru itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda