Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Samoa kesan kes pertama COVID

    APIA, SAMOA, 18 MAC – Negara pulau Pasifik Samoa menutup sempadannya hari ini ketika ia bersedia melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara selepas mencatat kes pertama COVID dalam komuniti.

    Kerajaan mengeluarkan perintah kecemasan menggantung semua perjalanan antarabangsa udara dan laut ekoran kes positif, yang dikesan semalam di pulau utama Upolu.

    Negara yang mempunyai kira-kira 200,000 penduduk itu telah menjadi salah satu daripada beberapa tempat yang mengelak jangkitan tempatan COVID semasa pandemik global, mencatat 48 kes di sempadan.

    Perdana Menteri Fiame Naomi Mata’afa berkata jangkitan komuniti membabitkan seorang wanita berusia 29 tahun yang menjalani ujian rutin ketika bersedia mengadakan perjalanan ke Fiji.

    Mata’afa mengarahkan sekatan negara empat hari ketika pengesan kontak menjejaki pergerakan wanita itu.

    ”Semua sekolah akan ditutup, termasuk perhimpunan awam, gereja dan perkhidmatan lain kecuali perkhidmatan penting,” katanya dalam ucapan lewat semalam.

    Kira-kira 90 peratus daripada populasi Samoa sudah lengkap vaksinasi ke atas COVID, menurut data kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...