Oleh Daniel Lim
BELAIT, 28 DIS – Sebuah syarikat dikenakan denda kompaun $500 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) disebabkan kecuaian di jalan awam, kelmarin.
Jabatan itu menemui sampah yang terbang dari salah sebuah kenderaan berat syarikat itu mengakibatkan sampah bertaburan di sepanjang jalan.

Menurut JASTRe, syarikat itu diberi masa tujuh hari untuk membayar denda dan jika gagal, kes akan dibawa ke mahkamah.
Jika sabit bersalah, tertuduh akan didenda antara $2,000 dan $10,000 bagi kesalahan pertama, dan antara $10,000 dan $30,000 serta penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan berikutnya.


